Aaron Aziz
Aaron Aziz

Aaron Aziz

Dato' Aaron Mustapha bin Aziz, DIMP[1] (lahir 23 Februari 1976)[2] ialah seorang pelakon lelaki Singapura yang amat dikenali di televisyen di Singapura dan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya di Singapura pada 2001 menerusi watak Shahril dalam Cinta Bollywood (2001-2002), seterusnya beliau melakonkan watak Bob dalam Jeritan Sepi (2001-2002) dan sebagai Koperal Jamal Salleh dalam Heartlanders (2002-2005). Watak televisyen Singapura beliau termasuk Zack Ahmad dalam sitkom Phua Chu Kang (musim 6) dan Iqmal dalam siri drama Cinta Q.[3]Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 untuk memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu dalam drama Haryati (2004). Kredit lakonannya di Malaysia termasuk Emil Emilda, Sadiq & Co, Nora Elena, Evolusi KL Drift: The Series dan Kusinero Cinta. Kredit filem beliau termasuk Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2010), KL Gangster (2011), Ombak Rindu (2011) dan Lari (2013). Aaron merupakan duta bagi produk Drive M7,[4][5] Maggi, dan L'Oréal.Sepanjang kerjayanya, Aaron telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Pesta Perdana Singapura, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah MeleTOP Era.

Rujukan

WikiPedia: Aaron Aziz http://cms-astrogempak.pink.cat/artikel/3156/aaron... http://english.astroawani.com/entertainment-news/o... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/aaron-azi... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dua-filem... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ni-semua-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/trofi-bin... http://www.benashaari.com/2015/12/drama-tuan-anas-... http://www.budiey.com/aaron-aziz-dalam-drama-bersi... http://www.budiey.com/aaron-aziz-dilantik-duta-pro... http://www.budiey.com/aaron-aziz-kemalangan-di-lok...